BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 16, 2010

Melakar Story Pt 2.

2

Iwan mematikan kitaran enjin motosikalnya yang berusia hampir dua dekad itu serta menolak tongkat  untuk menongkat motosikalnya. " Assalamualaikum! Abid! " jerit Iwan kedengaran hingga ke bengkel milik seorang mekanik india berdekatan rumah Abid. Iwan ketika itu sedang terpinga-pinga berada dihadapan rumah abid yang seakan-akan tidak ada motif untuk kerumah Abid. Otak Iwan bergeliga memikirkan sesuatu tetapi fikirannya bagaikan sukar ditafsir dikepalanya.   " Waalaikumsalam! Kejap Abid Tengah Bersiap ni! " jawab Pn Suraya Ibu kepada Abid yang ketika itu sibuk dengan kerja-kerja memasak didapur. Tersentak Iwan Mendengar jawab salam dari rumah sederhana besar berwarna hijau daun itu. 

                     Cuaca panas petang ketika itu memang sesuai untuk keluar mengambil angin. " Cekkk! " bunyi pintu yang dibuka oleh abid dari dalam. Iwan Cuma melihat tanpa kata gelagat abid keluar dari rumahnya. ' Aik, kenapa dengan mamat ni , toyar ja muka, tak kan di buat benda sama macam aku buat tadi '. Iwan memerhati riak wajah abid yang baru sahaja bangun dari tidur petang itu. " Sah! kau tidur ea tadi " Iwan senyum sumbing. " Aaaa. betul la. bosan duduk rumah ni. tak tahu nk buat ape yang best? " Abid mengeluh sambil muka diusap-usap dengan tangan hilangkan mengantuk. " Keluar jom esok! " Iwan Teruja menyampaikan idea. " Keluar. Nak pergi mana? " Abid menggaru kepalanya yang tidak gatal. " Haish . Adalah! Kita Plan malam ni oke! " senyum Iwan melebar. " Habis , Kau nak buat apa sekarang ni? kalau tak buat apa-apa aku nak sambung landing kat tilam aku. " Abid Membuat wajah letih yang sengaja. " Kita Makan Angin, Jom. Jom. Jom. " Iwan nada memaksa abid sambil menarik-narik tangan Abid tanda mengajak.

                     " Abid! aku ada buku baik punya nak suruh kau bace sempena holiday ni. kau nak tak? " renggus Iwan diatas motosikal membonceng Abid. " Buku Ape? Novel aku tak nak? kalau buku macam kakashi baca dalam cerita naruto tu. kau jangan kedekut nak kasi aku pinjam. " ketawa mereka pecah. " haila. kau ni. tapi an memang novel yang ku nak kasi pinjam kat kau ni ". 
"Tak nak! " jawapan Abid mencelah kata-kata Iwan yang belum habis diluahkan.
" Ya Allah ! jargon punya budak. aku tak abis cakap lagi kau da kasi jawapan. tinggalkan kau kat sini baru tahu " Nada Iwan melawak.
" Novel apa? Cintan cintun tak nak la aku? muka Abid Mulai Murut.
" Tak la. Novel ni more to self-improvement " jawab Iwan sambil sengih.
" aaaaa. Tengok la dulu novelnya " 
" Ai Ai Boss " Iwan Menjawab. " Ambil Sekarang ea kat rumah aku ". Motosikal Iwan memucut laju pulang kerumahnya kerana petang itu mulai melabuhkan tirainya untuk menggantikan maghrib.


to be continued.
                     
                      

0 comments: