1
RIDZUAN, AZMAN, FARHAN, DAN SAIFUL bergegas keluar dari dewan peperiksaan selepas peperiksaan MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST tamat pada pukul 12.30 tgh hari itu. Hari itu hujan gerimis rendang menurunkan lagi suhu sejuk di dalam dewan peperiksaan itu yang sudah seakan-akan berada di negera greenland rasanya.
" Azman, macam mana tadi boleh jawab "kata Iwan sambil menggosok tangan yang seakan akan dicelup di dalam laut keliling Antartika. " boleh la, sejuk kot , beku paler otak ku , cramp semua idea ku , soalan pulak tu cerita pasal kahwin-kahwin naik gatal la ku pikir tadi ". ketawa Azman kedengaran sampai kehujung koridor. " tahu tak ape, susah aku nak explain tadi, inilah hasil main game malam semalam, syok sangat , sampai lupe nak study . haila, hidup hidup " Iwan merenggus tanda mengeluh. " tak ape, after this we enjoy, mana wan, man wan, ice skating aku dengar tadi " Farhan sengih. " Memang aku rase nak pergi situ, tapi kan kat mana yang berdekatan ?". Iwan berwajah toyar. " Mines ada lah, tapi aku tak tahu nak pegi sinun macam mana " jawab Azman terpinga-pinga. " Cancel lah pergi Ice Skating yang penting sekarang kite cepat keluar dari sini , perut aku ni da keroncong octave petala kelapan ni , tak bole merancang dengan baik ". Iwan serius berkata. " Sup Bedebum jom " ketawa mereka pecah. " Dah, Sudah , tak da tempat lain ke, da la asbestos punya mahal kat situ, tak sanggup eden " Farhan menjawab sambil ketawa. Azman memandang Iwan dengan riak bagai berada didalam gua kelam. Iwan angkat kening jerk jerk. " jom , balek " Iwan senyum tanda mengajak.
" Baris! Baris Sedia! Kekanan Lurus! Pandang Depan! Dari Hadapan Baris Akan Menghadap Kekanan! Kanan Pusing! Dari Kiri Ceparttttt Jalan! " arahan kedengaran dari foyer berhadapan dengan bangunan kejuteraan awam kampus UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA(UPNM). Barisan yang terdiri dari enam orang iaitu Azman dan Farhan di bahagian hadapan. Helmi yang lebih dikenali dengan gelaran Mr. C bersama saiful. Dibahagian belakang Syamiel yang digelar Abang Syamiel bersama Farhan Yazid yang bergelar Anachi. Di ketuai Iwan Incharge untuk barisan pulang ke kolej C4. Menjadi tradisi disini kena berkawad bile kepala kita berbumbungkan langit. Kehidupan Universiti ini memang sangat unik. Unik dari universiti-universiti yang ada dalam malaysia ini. Bak kata Canselor UPNM " Boutique University ". Dimana Universiti menerapkan nilai-nilai disiplin dalam diri warganya untuk melahirkan siswa yang mempunyai leader of character untuk meminpin negara pada masa akan datang. " memang special betul universiti ni , kalau ditakdirkan aku tak masuk sini, mesti aku da jadi mak nyah bergelek punggung kat bukit bintang tu " Iwan meluahkan rasa hatinya. " Aku sanggup bayar kau Wan date dengan ku " Anachi meriuhkan suasana. " Banyak lah kau, tak kuasa aku nak date dengan kau " Ketawa mereka pecah. " Dah! Dah! Serius, kita da dekat dengan RP ni, senyap2, kang staff tu merepek kang, suruh kita apa-apa nanti baru tahu" Azman Serius menegur. " Baik Staff! " Iwan mengayakan badannya tanda menyindir. sekali lagi ketawa mereka pecah.
" macam mana ni? apa perlu aku buat ni? kusut ku nak pikir time ni ?" Iwan mengeluh seorang. " nak beli ke tak nak? kening Iwan berkerut seolah-olah sedang menghadapi perang dunia ketiga rasanya. " kang aku beli , ni pulak tak dapat. haila!." Iwan menggaru kepala yang tak gatal. Cepat-cepat Iwan bangun dari katilnya. " baik aku solat dulu , minta petunjuk dari Nya , Waktu pun dah masuk ni , sebelum keluar ni kene solat dulu baru berkat nak enjoy nanti. " kata Iwan dalam mati. Iwan terus mengorak langkah ke bilik air untuk melaksanakan wuduk'. Dibentangkan nya sejadah diatas lantai berhadapan dengan katil didalam biliknya.
to be continued.
0 comments:
Post a Comment