“ Weyh. B**** lah kau. Sakit S***!!!!. “
“ Kamal Ada Awek Baru Tak Bagitahu. Macam ni la kawan” “ B***. Mana ada. Kawan je. G***.”
“ Woi. Pendek. C******!!! Tak Kejut aku pagi tadi. Dah aku absent harini. Nak cerita apa dekat lecturer ni. S*** la.”
“ Macam B**** la S***”
Yang paling best.
“ As-salam. Woit. Macam h**** je kau main bola tadi.” Jawab “ Kaki aku injured la S***.”
Bergurau.
“ Woi. P***** la tak turun main bola tadi. Player punya lah sikit macam H****. Kau tak turun Main K*** ea.
Ni lah ayat yang sering aku dengar saban hari aku duduk sini. Carutan memanjang. Aku faham lah ini unibersiti tentera. Mental kena kuat. Orang ni cakap sini. Orang sana lawan balek.
” Bergurau je r. tu pun nak marah ke. H**** la. baru lah fun hidup ni. Kau ni sempit la. Think positive la.”
Kita ni sebenarnya dah banyak makan budaya orang yang hidup disekeliling kita ni. Just fikir balik lah. Walau tentera pun sekali, takkan kita nak hidup dikelilingi perkataan2 yang tak baik. Pernah dengar orang tua2 cakap. Cakap lebih 21 kali jadi doa untuk kita. nak ke jadi macam perkataan2 carutan yang diluahkan tu. Lagipun “ A good military officer do not talk crap to its men”. Tuhan cipta kita mulia. Kita ada akal yang membezakan kita antara yang baik dan buruk. Tetapi manusia ni memang selalu alpa. Lebih cenderung untuk melakukan keburukan. Bagi orang2 islam , agama kita sangat menitik beratkan akhlak yang terpuji. Adakah mencarut menyalak perkataan carutan ni contoh akhlak yang baik. Inikah yang kita nak tunjukkan kepada orang2 bukan islam,
“ohh orang islam kat sini, sebenarnya sama je macam kita. diaorang mencarut juga” persepsi orang bukan islam yang akan timbul.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya.
“Seorang mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah.”
Mencarut.
Inikah Contoh yang terbaik untuk generasi muda kita warisi.
“ Wah. Seniorah aku buat macam tu. B****** Kena kekalkan tradisi ni.” Persepsi juniorio.
Kesian dekat generasi muda yang mewarisi akhlak macam ni.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor sebab Allah tidak suka kepada kata kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor daripada orang lain.”
Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya.”
Sedarlah wahai sahabat2 aku. Aku percaya korang semua majority adalah islam. Aku tak berkuasa untuk mengubah korang. Aku pun tak selalu dapat mengingatkan korang. Aku percaya korang dapat mengubahnya. Contohilah kekasih Allah Rasulullah s.a.w.
Berkata Anas bin Malik r.a:
“Tidak pernah Rasulullah saw melakukan perbuatan keji, tidak pula kotor lidah (suka mengutuk) dan tidak pula mancaci maki. Ketika seseorang mencela Baginda orang yang kotor (berdebu) kerana banyak (sujud), Baginda hanya mengatakan “apa yang dia miliki.”
Demikian juga firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. “Bukanlah tergolong daripada orang mukmin yang suka mencela, mengutuk dan mengeji. Dan bukan pula mereka yang berlidah kotor.” (an-Nahl: 25)
Ternyata agama kita amatlah mengutuk sekerasnya perbuatan ini. Jangan lah kita di hari penentuan nanti seperti sabda Rasulullah yang ini.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu siapa yang disebut orang bankrap itu.”
Para sahabat menjawab: “Orang yang tiada lagi mempunyai wang dan harta.” Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Orang yang bankrap adalah yang datang pada hari kiamat amalan solat, puasa dan zakat, tetapi bersamaan itu juga ia telah mencaci maki, menuduh, memakan harta tidak halal, mengalirkan darah (tanpa hak) dan memukul ini dan itu. Maka amalan baiknya dilimpahkan kepada orang yang berhak menerimanya (yang ia caci) dan jika amalan baiknya habis pada hal belum dapat menutup kesalahannya maka kesalahan (orang yang dicaci itu) dilimpahkan kepadanya, kemudian ia ditempatkan ke dalam neraka.”
Aku tahu, aku pun bukannya baik sangat untuk buat ceramah macam ni. But tak pe lah. Aku just nak mengingatkan korang. Supaya korang pun dapat ingatkan aku. Bukan nak mencari kesalahan aku lepas aku cakap macam ni.teringat dekat quote seorang budak ni aku lupa namanya. Berbunyi “ carp using mirror not telescope” cuba lah pahamkan sendiri. May Allah Bless you the reader. =D
All the best. Doakan aku untuk final yang tinggal 2 hari je lagi ni. Haha. Melepaskan diri dari buku kejap. Pening tengok buku kimia dengan mechanic ni lama sangat. All the best.
Carp = Mencari kesalahan
1 comments:
Saya berjanji tidak akan mencarut lagi!!!(sambil meletakkan kedua-dua tangan ke dada, mata ke atas)
Daripada : Ammar
Ex asasi kjuruteraan UPNM 10/11....
Post a Comment