JAM LOCENG BERBUNYI. " Kringggg!!! ". Memecah Kesunyian pagi. " Alahai!! Bisingnye jam ni. Orang nak tidur pun tak senang lah " Iwan Merengus mengeluh sendiri dek jam loceng berbunyi yang beliau sendiri yang pasang. " Haila~ ". Renggus Iwan lagi. Jam di kanan katilnya menunjukkan pukul 6.30 pagi. Iwan menggaru kepalanya yang tak gatal sambil tangan kanannya menutup mulutnya yang tengah menguap. Memang jadi kebiasaan Iwan susah nak bangun pagi kalau nak bangun tu punya lah banyak songehnya itulah inilah tetapi tak kisah lah asal dia dapat tunaikan azamnya untuk menunaikan solat subuh dirumah. Badan mengatur langkah dari katil ke bilik air mengambil wudu'. " Bismillah. Urghhh!!. Apa bau ni? " Hampir separuh wudu' diambil baru Iwan teringat dia belum gosok gigi lagi. " Haila~. Nyanyok pepagi buta aku ni rupanya "
Iwan mengeluh sambil kepalanya diketuk untuk menyedarkan dirinya yang masih dalam mimpi. Berus gigi dicapai ubat gigi picit untuk dikeluarkan isinya. Air ditadah sedikit untuk berkumuh. Sejenak Iwan melihat dirinya dibalik cermin sambil dia buat mimik muka gembira untuk menyedapkan hati yang ternyata masih samar-samar sejak semalam. Iwan buang cucian ubat giginya terus menuju ke paip untuk berwudu'. " Tak da pape la ". Lembut Iwan menutur untuk sedapkan hatinya.
" Haish~! Penatnya! " Iwan mengeluh sambil air tebu yang dibeli mak diteguknya. " Dah berapa abad mak tak kemas rumah nih? Banyak sampah, tadi dekat ruang tamu pun bersepah. Haila~. " Iwan merungut sambil membuat muka kepada mak. " Ala~. Mak sibuk lah Along. Adik Along lagi. bukan nak mak lepaskan dia. " Mak menutur lembut. " Ohhh. Ngada-ngada budak ni. Da nak cuba rampas title Along ni ". Iwan bercakap sambil menghulur cawan berisi air tebu segar kepada mak.
" Title apa Along? "
" Anak Manja! " Ketawa Mereka pecah.
" Ala~. Rumah bersepah pun mak tak kisah? Mak angkat kening Double jerk kepada Along.
" Kenapa pulak mak? Kan nanti buat malu je orang datang rumah kita bersepah tau? " merapat kening.
" Nak tahu kenapa? "
" Kenapa ? " Iwan mulai pelik.
" Sebab Mak ada Along untuk kemaskan rumah. " Cawan kosong diletak di meja table-top diruangan dapur itu.
" Ala~. Cam tu pulak. Ingat Along ni cleaning worker ke?. " Along Sengih.
" Cam tu la kalau da masuk dalam rumah ni? contract seumur hidup cleaning tanpa gagal " Ketawa mereka pecah.
" Apa-apa je la Mak Along ni. As long you are happy landlord. " Along mencuit pipi mak.
" Dah. Dah. My Cleaning Worker do your job now. take my cawan and basuh. "
" Ai Ai Landlord. " Mak hanya dapat tersenyum melihat gelagat anak sulungnya itu.
" Haish~. Sejuknya petala kesepuluh rasanya malam ni. " Iwan memandang keluar tingkap sambil menghayati panorama hujan malam yang dingin. " Terasa sengal la pulak seluruh badan sejuk-sejuk cam ni " Iwan mengeluh. Ternyata Kepenatan menjadi Cleaning Worker yang tak bertauliah amat memenatkan ditambah lagi melayan karenah adik-adiknya. Angah, Jannah, Jaja dan Adek. Si Angah memang hidupnya tak boleh lekang dengan komputernya. Nak harapkan dia alamat rumah ni da kena hurricane baru dia nak tolong kemaskan. Jannah dan Jaja. Mereka berdua memang tak boleh terpisah. Sibuk dari tadi melayan Play Station 2 dengan sepupunya di dapur. Adek pula asyik berkepit je dengan mak. Manja sungguh Adek ni nasib baik comel.
" Along! " kedengaran suar lantang dari belakang.
" Ya~. " berlipat tengkok Along mencari punca bunyi yang memanggil namanya.
" Along, Boleh tolong mak tak? "
" Nak Along Tolong apa? " Along menuju kearah mak yang sedang duduk santai menikmati rancangan televisyen bersama yang ahli keluarga yang lain.
" Lenguh sengal-sengal lah kaki mak ni. Mak nak Along Tolong Urutkan kami mak ni. "
" Laaa~ . Kenapa tak suruh Master kat depan tu. " Mata Along menunjuk-nunjuk kearah Abah.
" Abah Off-Day Hari ni. " Ujar Abah seketika sengih menyusul selepas itu.
" Alaa. Abah ni. " rungut Along. Tanpa Sedar tangan Along mulai memegang kaki mak untuk diurut.
" Nasib baik Along ni rajin. " sengih ketelinga Along.
" Anak sapa? "
" Anak Manja Mak lah " Ketawa mereka pecah.
" Mak kalau sakit -sakit camni mesti akan sesuatu benda akan berlaku. tetapi mak tak tahu la. Gerak Hati mak kuat. " Mak lembut menutur.
Along cuma mengangkat kening mengiyakan mak. Mungkin aku ni da mewarisi sikit sifat mak aku . Kadang-kadang aku terasa juga gerak hati yang tak menentu. Tetapi Gerak hati kali ni agak kuat sedikit. Bukan aku seorang sahaja yang rasa. Bahkan Mak pun ada terasa sesuatu. Aku memikirkan bayangan yang menyelinap di kotak fikiran aku selepas aku menerima tawaran untuk pergi keprogram kepimpinan itu. Mak sudah tahu tentang program yang bakal kusertai ke Sarawak. Tetapi apa yang membuatkan aku tak sedap hati ni. Sejak dari semalam. Kadang-kadang kusut juga mengenangkan bayangan itu.
" Tak Ada pape la Iwan. All you need is to prepare self-confident for this upcoming event. " Iwan cuba menyedapkan hatinya.
" Mak. Hilang dah sakitnya " Iwan Melihat wajah mak." Halamak. Tidur dah mak ni . Haish. Tak pe la mak. You are my lovely landlord . I love you " Satu kucupan hinggap didahi mak yang terlena dihadapan televisyen.
" Abah. Along Masuk bilik dulu. Nanti Abah nak masuk tidur jangan lupa kejut mak tidur dalam bilik tau. kang masuk angin pulak mak tidur kat sini " lembut Along Menutur.
" Okay. I will My Son. Good Night " Abah terukir senyum.
Ternyata aku masih mencari jawapan tentang kewujudan rasa yang tak menentu dalam diriku ni. Bayangan yang tak dapat ditafsirkan tetapi selalu bermain di cakera minda ni. Apa sebenarnya yang akan berlaku.
0 comments:
Post a Comment