BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 29, 2012

a story about us




Sunday, February 19, 2012

sem baru.. azam baru.. lagi~

Assalamualaikum.. lama dah aku tak update laman blog ni.. kesian.. tapi apa kesah.. tak de orang pun yang nak baca.. haha.. okay fine.. tapi aku ni orang jugak so ada lah orang yang bacanya.. jadi kena la aku update jugakan. okay.. stop merepek lets go to the main objective.. pejam celik pejam celik tup tap ting tong dah masuk semester 2 dah ini bermakna aku dah hidup dekat UPNM ni selama lebih kurang 2 tahun lah.. first masuk on 22 May 2010.. sekarang 20 feb 2012.. tak sangka aku dapat bertahan sehingga kini.. Alhamdulillah. syukur kehadratnya aku masih lagi bernafas.. 


Actually banyak perkara berlaku sepanjang pemergian aku tanpa jejak oleh blog ini. selepas je habis final exam tempoh hari. aku balek rumah n mulakan rutin aku yang biasa.. aku tanak la cerita perkara biasa tu dalam nikan.. tak adventure gitu.. 


First Story..
Jeng Jeng Jeng.. okay.. Annual Camp bermula.. pada 25 Jan 2012. macam2 perkara berlaku.. aku dibasuh dengan latihan demi latihan mental dan fizikal. 3 minggu aku tak sempat langsung sentuh henset ni. bayangkan lah bertapa busynya aku time tu.. tapi fb sempat pulak update.. haha.. fine.. seminggu latihan berterusan.. 2 minggu duduk dalam hutan.. masuk hutan,, have fun la.. release tension.. best masuk hutan ni.. macam2 dapat belajar.. cara hidup dalam hutan ala military.. disamping tidur dalam basyar(khemah) yang berlantaikan akar2 kayu yang cukup untuk membuatkan belakang aku patah 14 bahagian.. dengan tidur dalam keadaan basah berserta diserang hendap semut dan tak mandi.. sangat tidak selesa.. tapi aku bersyukur.. nak belajar la katakan kena tahan sikit.. tiap hari mengitung hari bila lah nak keluar dari hutan ni.. until lah aku dapat mandi sungai ketika itu.. hilang segala keresahan untuk keluar hutan.. gembira dapat mandi sungai yang amat cantik sejuk bersama rakan.. sesungguhnya ciptaan Allah ni tiada tandingannya..  belajar buat ambush musuh.. sangat happy mandi hujan waktu malam sampai menggigil 1 badan.. buat unggun api.. salah ambush orang.. (terambush geng sendiri).. itu semua kenangan disana.. kena balik lewat gara2 kena fetique angkat barang.. dan bermacam2 lagi.. setiba nya hari terakhir annual camp di UPNM baru aku terasa sangat nikmat apabila dapat pulang semula ke kolej yang tercinta.. setengah jam aku perambat mandi dalam bilik air.. 8 jam aku perambat tidur atas katil..  tetapi disebalik keseronokan itu.. berlaku sesuatu yang tak pernah aku sangka-sangkakan.. 




cewah.. macam komando..

sebat ikan kelah besar peha aku.. wah2. syok..
perkara dimana mengubah hidup dan pegangan aku mulai hirini..
bacalah~.
selamat tinggal kawanku

semoga ini dapat jadi iktibar buat diri ku yang hanya perantauan didunia ni.. yang kerap melakukan kesilapan.. :(