BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 28, 2012

RAYA laa.. :D

Assalamualaikum WBT.

err.. Saya Mohamad Ridzuan B Roszi.. selaku kawan serta penulis belog ini ingin mengucap ampun dan sejuta kemaafan jika berlaku kekasaran bahasa yang menyinggung perasaan pembaca-pembaca. sesungguhnya perbuatan itu tidak saya sengajakan dek pemikiran pada masa post itu dikarang agak kurang matang.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFIT'R
1433 H


MAAF ZAHIR DAN BATIN 


kadang2 malu jugak bila sedara2 bagi duit raya.. tapi rezeki.. sebat je la.. hehe.. buat lepas duit topup.. 
semoga syawal kali ini membawa keberkatan untuk kita semua. 
:) 
ahlanwasahlan.

ROSZI's family

family belah mak. ni tak kumpul semua.. kalau kumpul semua alamatnya frame ni pecah sbb tak muat. hee.



Tuesday, July 17, 2012

business

Saturday, June 9, 2012

Selamat Menyambut Kedatangan Final Exam


Assalamualaikum.. dipagi yang hening ini.. ditemani lampu meja study yang terang berderang ini.. dihadapan/dikiri/dikanan/dikelilingi notes lecture yang perlu dibaca.. bersama air kopi bujang panas.. saya dengan rasminya mengucapkan selamat maju jaya buat rakan2 seperjuangan yang bakal menghadapi paper esok hari.. * ayat skema macam pelik je.. lalalalala.. 



Curi Kelab Penyayang Punya Poster.. hehe..


antara aktibiti sepanjang study week.. * mmg syok..


Jom D.U.I.T
" Doa , Usaha , Ikhtihar , Tawakal "

"Jangan Lupa Melalak macam dalam karaoke box time study. Its proved dalam menangani masalah tekanan ketika study.. but will make ur roomate think u r moron."




Sunday, May 6, 2012

charity Part 1

Assalamualaikum.
6 May 2012. 
Program Tautan Kasih Bersama POSHE.
Program kebajikan untuk kanak2 penghidap HIV/AIDS.












continue... more photo coming soon..

Monday, April 23, 2012

electrical class members civilian 2011


Tuesday, March 27, 2012

Construct Camp











Assalamualaikum wbt.. 
lama sudah aku ndak mereka cerita dalam belog ni.. berkarat rasanya otak ni kalau tak bercerita ni..
inilah ujian jadi student engineering. sibuk memanjang. dengan assignment , komitmen , latihan , tidur lagi.
haha. sesungguhnya tidur itu adalah nikmat yang tidak terkata sepanjang aku berada disini( tak terlalu nikmat pun 
sebenarnya). baiklah kita focus terus kepada cerita yang bakal korang baca sebentar lagi. sebelum mula kita kena ada mukadimah.. yeah~ baru semangat nak baca walaupun blog ini dah lama tak de orang baca selain authornya.. haha.. all right..

mukadimah..

lori rally.. best dia bawak naik bukit mcm keta subaru.

senaman pagi.. PT ringan..

golongan ladies. tak leh kacau.. hehe,

our facilitator..

our beloved club..

meeting cara macam mana nak menang ni..

jambatan ni tinggi wooo.. aku sendiri pun gayat.

tengok la keluarga ni besar sangat.. sampai tenggelam rakit tu.. haha.

siapa ni.. haha..


okay.. mukadimah sudah tamat.. makanya saya sebagai author rasmi belog ni dengan segala hormatnya menamatkan story untuk post kali ini.. yeah~ jom bersolat..

program construct camp - 9-11 mac 2012- Dusun Eco Resort, Pahang.

Wednesday, February 29, 2012

a story about us




Sunday, February 19, 2012

sem baru.. azam baru.. lagi~

Assalamualaikum.. lama dah aku tak update laman blog ni.. kesian.. tapi apa kesah.. tak de orang pun yang nak baca.. haha.. okay fine.. tapi aku ni orang jugak so ada lah orang yang bacanya.. jadi kena la aku update jugakan. okay.. stop merepek lets go to the main objective.. pejam celik pejam celik tup tap ting tong dah masuk semester 2 dah ini bermakna aku dah hidup dekat UPNM ni selama lebih kurang 2 tahun lah.. first masuk on 22 May 2010.. sekarang 20 feb 2012.. tak sangka aku dapat bertahan sehingga kini.. Alhamdulillah. syukur kehadratnya aku masih lagi bernafas.. 


Actually banyak perkara berlaku sepanjang pemergian aku tanpa jejak oleh blog ini. selepas je habis final exam tempoh hari. aku balek rumah n mulakan rutin aku yang biasa.. aku tanak la cerita perkara biasa tu dalam nikan.. tak adventure gitu.. 


First Story..
Jeng Jeng Jeng.. okay.. Annual Camp bermula.. pada 25 Jan 2012. macam2 perkara berlaku.. aku dibasuh dengan latihan demi latihan mental dan fizikal. 3 minggu aku tak sempat langsung sentuh henset ni. bayangkan lah bertapa busynya aku time tu.. tapi fb sempat pulak update.. haha.. fine.. seminggu latihan berterusan.. 2 minggu duduk dalam hutan.. masuk hutan,, have fun la.. release tension.. best masuk hutan ni.. macam2 dapat belajar.. cara hidup dalam hutan ala military.. disamping tidur dalam basyar(khemah) yang berlantaikan akar2 kayu yang cukup untuk membuatkan belakang aku patah 14 bahagian.. dengan tidur dalam keadaan basah berserta diserang hendap semut dan tak mandi.. sangat tidak selesa.. tapi aku bersyukur.. nak belajar la katakan kena tahan sikit.. tiap hari mengitung hari bila lah nak keluar dari hutan ni.. until lah aku dapat mandi sungai ketika itu.. hilang segala keresahan untuk keluar hutan.. gembira dapat mandi sungai yang amat cantik sejuk bersama rakan.. sesungguhnya ciptaan Allah ni tiada tandingannya..  belajar buat ambush musuh.. sangat happy mandi hujan waktu malam sampai menggigil 1 badan.. buat unggun api.. salah ambush orang.. (terambush geng sendiri).. itu semua kenangan disana.. kena balik lewat gara2 kena fetique angkat barang.. dan bermacam2 lagi.. setiba nya hari terakhir annual camp di UPNM baru aku terasa sangat nikmat apabila dapat pulang semula ke kolej yang tercinta.. setengah jam aku perambat mandi dalam bilik air.. 8 jam aku perambat tidur atas katil..  tetapi disebalik keseronokan itu.. berlaku sesuatu yang tak pernah aku sangka-sangkakan.. 




cewah.. macam komando..

sebat ikan kelah besar peha aku.. wah2. syok..
perkara dimana mengubah hidup dan pegangan aku mulai hirini..
bacalah~.
selamat tinggal kawanku

semoga ini dapat jadi iktibar buat diri ku yang hanya perantauan didunia ni.. yang kerap melakukan kesilapan.. :(

Friday, January 6, 2012

final exam already

Assalamualaikum.. salam sejahtera.. sudah agak lama juga saya tak mengemas kini entry dalam blog ini.. wahh!! maklum la. student.. busy memanjang.. actually saya sekarang sedang mengharungi final exam untuk semester 1 2011/2012. Kejuteraan Elektrik dan Elektronik Komunikasi..


wish all luck for me.. and those who taking exam too.. saya tahu kebanyakkan IPTA sekarang ni pun sedang menjalani final exam juga kan.. i hope you all can answer it and achieve your marks goal.. 


SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

:D

jangan meniru aw.. kalau kantoi susah.. :D