| ROSZI's family |
| family belah mak. ni tak kumpul semua.. kalau kumpul semua alamatnya frame ni pecah sbb tak muat. hee. |
I wait you to fill the seat to feel my world.
| ROSZI's family |
| family belah mak. ni tak kumpul semua.. kalau kumpul semua alamatnya frame ni pecah sbb tak muat. hee. |
Posted by Eizan Mizutani at 1:09 PM 0 comments
![]() |
| Curi Kelab Penyayang Punya Poster.. hehe.. |
![]() |
| antara aktibiti sepanjang study week.. * mmg syok.. |
Posted by Eizan Mizutani at 3:24 PM 0 comments
Posted by Eizan Mizutani at 7:51 AM 2 comments
| lori rally.. best dia bawak naik bukit mcm keta subaru. |
| senaman pagi.. PT ringan.. |
| golongan ladies. tak leh kacau.. hehe, |
| our facilitator.. |
| our beloved club.. |
| meeting cara macam mana nak menang ni.. |
| jambatan ni tinggi wooo.. aku sendiri pun gayat. |
| tengok la keluarga ni besar sangat.. sampai tenggelam rakit tu.. haha. |
| siapa ni.. haha.. |
Posted by Eizan Mizutani at 4:31 AM 0 comments
Assalamualaikum.. lama dah aku tak update laman blog ni.. kesian.. tapi apa kesah.. tak de orang pun yang nak baca.. haha.. okay fine.. tapi aku ni orang jugak so ada lah orang yang bacanya.. jadi kena la aku update jugakan. okay.. stop merepek lets go to the main objective.. pejam celik pejam celik tup tap ting tong dah masuk semester 2 dah ini bermakna aku dah hidup dekat UPNM ni selama lebih kurang 2 tahun lah.. first masuk on 22 May 2010.. sekarang 20 feb 2012.. tak sangka aku dapat bertahan sehingga kini.. Alhamdulillah. syukur kehadratnya aku masih lagi bernafas..
Actually banyak perkara berlaku sepanjang pemergian aku tanpa jejak oleh blog ini. selepas je habis final exam tempoh hari. aku balek rumah n mulakan rutin aku yang biasa.. aku tanak la cerita perkara biasa tu dalam nikan.. tak adventure gitu..
First Story..
Jeng Jeng Jeng.. okay.. Annual Camp bermula.. pada 25 Jan 2012. macam2 perkara berlaku.. aku dibasuh dengan latihan demi latihan mental dan fizikal. 3 minggu aku tak sempat langsung sentuh henset ni. bayangkan lah bertapa busynya aku time tu.. tapi fb sempat pulak update.. haha.. fine.. seminggu latihan berterusan.. 2 minggu duduk dalam hutan.. masuk hutan,, have fun la.. release tension.. best masuk hutan ni.. macam2 dapat belajar.. cara hidup dalam hutan ala military.. disamping tidur dalam basyar(khemah) yang berlantaikan akar2 kayu yang cukup untuk membuatkan belakang aku patah 14 bahagian.. dengan tidur dalam keadaan basah berserta diserang hendap semut dan tak mandi.. sangat tidak selesa.. tapi aku bersyukur.. nak belajar la katakan kena tahan sikit.. tiap hari mengitung hari bila lah nak keluar dari hutan ni.. until lah aku dapat mandi sungai ketika itu.. hilang segala keresahan untuk keluar hutan.. gembira dapat mandi sungai yang amat cantik sejuk bersama rakan.. sesungguhnya ciptaan Allah ni tiada tandingannya.. belajar buat ambush musuh.. sangat happy mandi hujan waktu malam sampai menggigil 1 badan.. buat unggun api.. salah ambush orang.. (terambush geng sendiri).. itu semua kenangan disana.. kena balik lewat gara2 kena fetique angkat barang.. dan bermacam2 lagi.. setiba nya hari terakhir annual camp di UPNM baru aku terasa sangat nikmat apabila dapat pulang semula ke kolej yang tercinta.. setengah jam aku perambat mandi dalam bilik air.. 8 jam aku perambat tidur atas katil.. tetapi disebalik keseronokan itu.. berlaku sesuatu yang tak pernah aku sangka-sangkakan..
![]() |
| cewah.. macam komando.. |
![]() |
| sebat ikan kelah besar peha aku.. wah2. syok.. |
Posted by Eizan Mizutani at 8:33 AM 0 comments
Assalamualaikum.. salam sejahtera.. sudah agak lama juga saya tak mengemas kini entry dalam blog ini.. wahh!! maklum la. student.. busy memanjang.. actually saya sekarang sedang mengharungi final exam untuk semester 1 2011/2012. Kejuteraan Elektrik dan Elektronik Komunikasi..
wish all luck for me.. and those who taking exam too.. saya tahu kebanyakkan IPTA sekarang ni pun sedang menjalani final exam juga kan.. i hope you all can answer it and achieve your marks goal..
Posted by Eizan Mizutani at 11:26 PM 0 comments
| perfomance dari kelab tarian |
| performance dr silat |
| kelab teater yang disayangi. |
| hensem an aku. |
| teater club rock |
| kuat aw ladies ni.. dia tibai 6 orang skali gus.. |
Posted by Eizan Mizutani at 8:16 AM 0 comments
Assalamualaikum. Ola~.
| budak2 teater. yang tak de tu memang tak datang la. |
Posted by Eizan Mizutani at 4:55 AM 0 comments
Entry Post kali ni memang tak de kena mengena dengan movie December Boy pun. just satu penyamaan bahawa tahun 2011 ni nak melabuhkan tirai sudah. apabila dengar bulan december ini teringat balik apa yang aku lakukan sepanjang 2011 ni erk.. jom rolling atau dipanggil post walking dalam blog aku. yeah! semenjak 2 menjak ni aku jarang post dekat blog ini. macam dah bersawangkan. kesian. reader2 aku menunggu hingga sampaikan counter viewer pun jatuh mendadak. saya mintak maaf ye pembaca sekalian terutama sekali " aimi " aku tahu kau selalu dok usha blog aku ni. lepas kau baca entry kali ni mesti kau terus ke fb IM aku kn. pastu cari point dr blog aku ini. haha.
Tengok diheader blog. yeah! gambar baru. sebuah collage compile. lawa an. haha. tetiba jadi rajin membuat nate tu.
Actually aku nak cerita untuk post kali ni. minggu yang sedang aku hadapi ini cukup membusykan dan menentionkan aku.
satu.
- Assignment group yang tergendala until nak dekat due date baru la diaorang dok sebok nak mencari bahan kesannya. kualiti assignment itu sangatlah teruk sampaikan lecturer yang mengajar kami cukup kecewa dengan sikap kelas kami ini. salah siapa. mesti la salah kiteorangkan saper suruh menangguh-nangguh kerja.
dua.
- segala macam test dan quiz wujud pada minggu yang sama. sampai pening nak study yang mana 1. daripada aku yang tak pernah alami sakit kepala ni tetiba boleh terkena migrain.
tiga.
-time ni la segala macam program dijalankan. dan terpaksa menjoinkan untuk memeriahkannya. mana nak bahagi masa.
ke-empat.
-time ni juga la latihan ketenteraan ada. hujung minggu tak de.
ke-lima.
-time ni la lecturer merajok dengan kelas kiteorang.
ke-enam.
- kena uruskan persembahan teater.
time ni jgk la gaduh ngan awek. * haha. kencing je ni. mana ad awek skrg ni.
kesimpulannya.
kepada reader. amalan menangguh-nagguhkan kerja akan menyusahkan korang je nanti. cubalah pakat dengan diri siapkan kerja selagi mampu. * aku tengah buat assignment programming ni ketika ini. esok nak hantar ni. haha.
all-right. peringatan tok entry kali ini.
Posted by Eizan Mizutani at 8:55 AM 0 comments
![]() |
| nak ngurat dia ni boleh tak. haha, |
Posted by Eizan Mizutani at 10:41 AM 3 comments
terdetik dalam fikiran dan hati. bila aku terasa down aku mesti dapat expressnya dengan baik sekali kepada orang disekelilingku. bila aku observe orang lain kebanyakan mereka2 ni akan express melalui emosi ataupun nafsu. susah nak cari yang kawalnya melalui fikiran.itu apa yang nampak dekat ayah aku. kalau nak dibandingkan antara aku dengan dia hidup dia memang agak susah dan merumitkan. dari hal2 kerja yang tak siap2. masalah keluarga lagi. abah baru sahaja kehilangan mak kesayangan it means arwah nenek. tapi tak pernah pun aku nampak abah menangis, mengeluh apatah lagi. aku terkadang tertanya2 apa yang membuatkan abah begitu kuat sekali menempuh hidup melayan karenah manusia2 disekelilingnya karenah ragam adik2 aku. aku tak pernah lihat dia meminta bantuan sesiapa. he always stand alone. aku terfikir. fikir. fikir.
kenapa aku tak macam abah aku? why i cant stand alone macam dia. walaupun dia susah tapi dia tak pernah fikir susah. he always doing the best on what he doing walaupun terkandang aku fikir perkara yang dia buat sukar berhasil but at the end he succeed. macam mana dia begitu yakin dengan perkara yang dia lakukan. sedangkan aku bila lakukan sesuatu aku akan tengok kepada orang lain. aku memilih pilihan majoriti. but for him he will do apa yang orang lain tak buat. ayah. kenapa abah begitu kuat. boleh tak ewan jadi macam abah?
Posted by Eizan Mizutani at 7:24 AM 0 comments
kupasan post kali agak2 ada gaya macam ahli politik tak. haha. harapan. kenapa "jual ikan" tak jual ayam?
sebab ikan lagi mahal dari ayam. lagi banyak untung maaa. bak kata boss taukeh ikan masa aku niaga kuih raya duhulu. ye ke untung. alah kalau setakat amek untung tipu baik tak payah. letak bakul atas timbang just nak tambah berat pada pointer penimbang tu. dah la tak tare. lagi best bila kantoi dia angkat bakul birisi ikan tu penimbang dia tak jatuh atas point 0 kg TETAPI kepada -200g. wahh! 200g tu. agak2 la. udang sekarang sekilo RM 16.00. setiap 200g equal to RM 3.20. yahooooo~~~ untung atas angin je RM 3.20 tu. sebab tu la orang cakap jual ikan ni sangat menguntungkan. TETAPI sebenarnya tidak sama sekali.* dah macam pedebat antarabangsa dah ni. it is cheating your know. bagus ke cheating tu. dalam islam haram ooo rezeki yang kau dapat tu, all right stop here.
all i want to say is sebenarnya jual ikan tu bermaksud " self-fish " dalam bahasa yang mudah dan baik. self-fish(sf). sf ini ialah 1 sifat semula jadi manusia yang merasakan ego dirinya sangat tinggi. bak kata AO ego setinggi gunung everest dan seluas lautan pasifik( Versus : Hlovate ). sf ini sebenarnya benda yang tak menguntungkan pun sebenarnya malah benda ini tak baik dalam perhubungan sesama manusia. apa salahnya berkongsi kan. tahu la ada dikalangan kita ni dah berjaya, dikurniakan otak yang bijak dan pandai. tak rugi pun kalau kita kongsi pengalaman ilmu pengatahuan kita dekat orang lain. lagipun ilmu ini bukan untuk kita seorang jekan. untuk orang lain jugak. kalau lah ilmu ni milik kita je tak maju lah sesebuah negara itu. even diri kita kalau tak sebarkan ilmu itu orang lain tak tahu apa yang ilmu itu bole dimanfaatkan. melalui post ini aku just nak bagitahu. self- fish atau jual ikan memang tak bagus. merugikan diri sendiri. its time to upgrade ourself. " memang lah kita tak boleh ubah diri sendiri menjadi orang lain , but at least we can be a better person kan "( Nur Kasih). sekian.
wasalam.
Posted by Eizan Mizutani at 9:35 PM 0 comments
Sewaktu kita dibangku sekolah dulu. kita sering diajar bukan sahaja dari segi akedemik malahan sahsiah dan bermacam-macam lagi kemahiran hidup untuk hari muka kita. sudah sememangnya guru lah perintis setiap kejayaan kita. semestilah guru pembimbing kita untuk hidup. entry kali ini, khas untuk Cikgu khairuddin Abu Nawas. beliau merupakan guru yang amat aku hormati. beliau tak macam guru lain yang pernah mengajar aku. beliau sangat memberi impak besar dalam hidup aku. ketika di SMK Seri Pinang dulu. Although, orang anggap sekolah itu bermasalah, lemah dari segi akedemik mahupun disiplin. tetapi beliau tidak pernah menganggap pelajar2nya begitu. beliau sangat adil dan saksama dalam melayan pelajarnya. Beliau mengajar Bahasa Inggeris, Sewaktu aku Form 3 dahulu, cara mengajar beliau cukup berkesan walaupun terkadang lari dari syllabus tapi teknik beliau dengan cara mengulang dan tidak memaksa sangat aku kagumi. pernah dahulu aku dapat markah 39/40 tapi still kena ketuk ketampi dekat tengah dataran. haha. tetapi beramai2 la. sangat fun. menaikkan confident kita. tak pernah la aku cakap buruk dekat beliau. sememangnya beliau memang legend disisi kami. sempena hari raya ini, ku berharap agar beliau cepat sembuh dari sakit yang beliau hadapi inshallah,
Posted by Eizan Mizutani at 10:45 AM 2 comments
assalamualaikum. harini 25 August 2011. wahh!! agak lama juga aku dah tak post yang sebenar-benar post dekat blog ni. " alah. sapa nak baca blog kau iwan? kau perasan sendiri la iwan. bajet market r sampai orang nak baca blog kau ni " teriakan negatif dalam hati ku. " well. kau buat blog ni pun sebab kau nak sisipkan segala memori yang berlaku dalam hidup kau kan iwan tak den nya sebab nak mencapub dekat orang lain" teriakan positif dalam hati aku. haha. manakah yang benar. itu anda sendiri sebagai pembaca la yang nilai. kalau la aku ada pembaca tegar blog aku ini. haha. well. entry about business. making money. check picture above.
Posted by Eizan Mizutani at 11:51 AM 0 comments